Perimenopause

Assalamu alaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil.

Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya.

Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah suplemen yang perlu dimakan? Terima kasih.

Saya tidak dapat bertanya dengan lebih banyak kepada beliau. Jadi saya tidak dapat memberikan diagnose,  apakah penyakit yang beliau alami.

Namun saya percaya, berdasarkan umur beliau, berkemungkinan besar beliau sedang memasuki fasa perimenopause.

Perimenopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita, berlaku beberapa tahun sebelum wanita itu mengalami menopause yang sebenar.

Keadaan ini berlaku apabila kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormone estrogen secukupnya. Namun ketika ini ovum, benih wanita masih lagi dikeluarkan, tetapi tidak sebagaimana ketika dia berumur 20an.

Bolehkah ia berlaku seawal 40an? Setahu saya menopause berlaku pada umur lewat 50an?

Perimenopause boleh bermula apabila seorang wanita mencapai umur 40an, namun ada kalanya ia bermula seawal 30an.

Fasa ini berlangsung selama 4 tahun secara purata, namun ada wanita yang mengalaminya untuk beberapa bulan dan ada juga yang mengalaminya selama 10 tahun.

Bagaimana doctor boleh pasti saya mengalami menopause?

Selalunya doktor akan membuat diagnosis seseorang telah mengalami perimenopause secara klinikal sahaja, iaitu berdasarkan gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita.

Cara terbaik ialah dengan membuat pemeriksaan darah untuk melihat kepekatan hormone dalam darah. Oleh kerana dalam fasa perimenopause ini  kepekatan hormone mungkin berubah-ubah, maka ada baiknya beberapa siri pengambilan darah dilakukan sebagai perbandingan.

Seseorang dikatakan telah memasuki fasa menopause apabila dia sudah tidak mengalami kedatangan darah haids selama setahun.

“Betulkah saya sudah memasuki fasa perimenopause? Macam tidak percaya. Saya rasa saya masih muda dan subur..”

Memang sukar untuk menerima hakikat bagi seorang wanita bahawa dirinya sedang mengalami kemerosotan kesihatan dan kewanitaannya.

Namun terdapat banyak gejala dan tanda seseorang wanita telah mengalami fasa perimenopause. Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah:

1.rasa panas badan

2.sakit pada payudara

3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami

4.kitaran haids yang tidak teratur

5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami

6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing

7.mood yang berubah-ubah

8.mengalami masalah tidur

Jadi kombinasi kitaran haids yang tidak teratur, umur pesakit dan gejala-gejala yang diberitahu, berkemungkinan besar seseorang wanita sedang memasuki fasa perimenopause.

Kepastian hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan darah untuk menguji kepekatan hormone.

“Saya bimbang penyakit lain…”

Selalunya kitaran haids yang tidak tetap adalah tanda-tanda perimenopause yang biasa. Tidak perlu dibimbang. Malah tidak perlu untuk diberikan “ubat  turun darah”. Biarkanlah kitaran hidup kita berjalan secara normal.

Lagi pun dengan tidak datang haids,ia tidak mengganggu kesihatan seseorang wanita. Hanya secara psychology saja, seorang wanita yang sedang memasuki fasa perimenopause akan merasa tidak sempurna apabila kitarannya tidak menentu.

Walau bagaimana pun, saya nasihatkan agar perlu berjaga-jaga kerana ada kalanya kitaran haids yang tidak tetap dan bersama dengan pendarahan dari faraj/vagina boleh disebabkan oleh masalah lain.

Antara sebab-sebab pendarahananya ialah disebabkan keadaan hormone yang tidak stabil, pengambilan pil perancang, kehamilan, fibroids, masalah pembekuan darah dan yang paling serius ialah kanser.

Oleh itu saya menasihakan agar berjumpalah dengan doktor jika sudah lama tidak datang haids dan diikuti dengan:

1.pendarahan yang banyak bersama-sama dengan darah beku.

2.pendarahan yang melebihi dua minggu

3.pendarahan yang sedikit untuk beberapa hari selepas haids.

4.pendarahan semula yang tidak sampai 2 minggu dari tarikh tamat pendarahan haids sebelumnya.

“Perlukah saya melakukan ujian UPT. Saya sudah buat UPT tapi negative. Tapi bolehkah orang perimenopause hamil?”

Saya memang tidak menafikan bahawa seorang yang sedang memasuki fasa perimenopause masih boleh hamil. Oleh itu pemeriksaan UPT sebagai ujian saringan kepada kehamilan harus dilakukan jika belum didiagnosakan mengalami perimenopause.

Saya bimbang seorang wanita dikatakan mengalami perimenopause ruapanya dia sedang hamil. Ini pernah berlaku. Seorang wanita berusia 42 yang tidak datang haids selama empat bulan dua telah datang kepada saya kerana bimbang perutnya yang semakin membesar.

Oleh kerana bimbang akan ketumbuhan yang mungkin berada dalam abdomennya, saya buat pemeriksaan ultrasound dan mendapati beliau hamil.

Pada mulanya wanita itu tidak percaya kerana umurnya yang meningkat, tetapi setelah saya tunjukkan imej bayi dalam rahemnya pada skrin ultrasound, baru beliau percaya.

“Doctor ada menyarankan saya mengambil pil penambah hormone, sebagai hormone replacing therapy (HRT). Apa pendapat doctor?”

Kebanyakan wanita yang mengalami gejala perimeopause akan mendapat manfaat dari pengambilan pil penambah hormone. Pil ini mempunyai kandungan hormone yang rendah.

Namun begitu saya mencadangkan bagi wanita yang tidak mengalami apa-apa masalah, atau gelaja yang teruk, tidak perlulah pil penambah hormone ini.

Banyak cara lain boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala yang dihadapi seperti :

1.melakukan senaman ringan

2.tidur yang cukup dengan bangun dan tidur pada waktu yang tetap.

3.mengawal berat badan

4.mengambil multivitamin dan pil kasium (jika tidak boleh minum susu) setiap hari

5.Minum air secukupnya

Walau bagaimana pun panduan yang saya berikan ini tidak boleh menggantikan pemeriksaan doctor. Berjumpalah dengan doctor jika masih lagi mengalami kekeliruan setelah membaca penerangan saya.

Bagi wanita yang mengalami perimenopause, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak kacip Fatimah sebagai suplemen.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

One comment

  1. Bagi diri saya pulak selain dari symtom2 dinyatakan doktor, hampir 4 tahun saya mengalami masaalah haid yang banyak…
    kadang selang sebulan saya tak datang haid…masa tu saya ingat saya dah confirm menopouse..next month datang balek macam biasa tapi tak tetap tarikhnya….banyak pulak tu macam gadis yang baru datang haid… sampaikan saya tak selesa untuk keluar berjalan..takut tembus..sedangkan dirumah pun selalu kelua masuk tandas tukar pad n underware..kadang rasa pening, mual dan sakit perut..March-july 2011 haid saya tak datang langsung..ingatkan dah confirm menopouse…JUNE 2011 umo saya 52 tahun…Tiba2 Ogos 2011 datang pulak..tapi last tu jer..hingga hari ini saya dah tidak didatangi haid..Dah confirm menopouse la kot..Wallahualam

Leave a Reply

error: Content is protected !!