Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih, mengantuk dan kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya. Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya.
Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik.
Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga mengadu sering rasa letih dan tidak puas tidur.
Saya menghabiskan masa yang agak lama untuk mencari punca sebenar masalah beliau. Agak rumit untuk menyelesaikannya kerana beliau agak obese, perokok tegar, tidak pernah bersenam dan mengalami stress yang keterlaluan.
Di akhir perbincangan itu, saya menasihatkan beliau agar menukar gaya hidupnya. Hentikan merokok, minum mineral secukupnya, jaga pemakanan dan cuba lakukan aktiviti senaman ringan di hujung minggu.
Saya tidak memberikan beliau ubat penahan sakit atau multivitamin sepertimana yang dilakukan oleh doktor lain. Saya mencadangkan suplemen CoQ10 yang saya rasa sesuai untuk beliau.
Setelah mencubanya selama tiga bulan, beliau datang semula kepada saya dan memberitahu telah mengalami perubahan yang baik. Walaupun beliau masih mengalami keletihan, tetapi telah banyak berkurangan. Begitu juga dengan rasa mengantuk dan sakit-sakit badan.
Oleh kerana suplemen ini sesuai untuk beliau, saya mencadangkan agar beliau mengamalkannya terus, di samping memperbaiki gaya hidup beliau.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Jabatan Physiology, Meram Faculty of Medicine, Universiti Selcuk, Turkey mendapati bahawa suplemen Co10 yang diberikan sebanyak 100 mg sehari selama 8 minggu telah meningkatkan persembahan aktiviti atlet. Ahli saintis di sana menyimpulkan bahawa CoQ10 dapat meningkat persembahan aktiviti, menambah tenaga, mengurangkan rasa letih untuk seorang melakukan aktiviti lasak.
(rujuk: “The Effects Of Coenzyme Q10 Supplementation on Performance During Repeated Bouts of Supramaximal Exercise in Sedentary Men,” Gökbel H, Gül I, et al, J Strength Cond Res, 2009 July 28)
Doktor, saya tidak pernah dengan nama suplemen ini. Vitamin baru kah? ” ujar beliau ketika saya mula memperkenalkan suplemen ini.
CoQ10 sebenarnya bahan semula jadi yang terdapat dalam tubuh manusia. Tubuh manusia dapat menghasilkan CoQ10 kerana ia penting dalam penghasilan tenaga. Oleh itu ia banyak terdapat dalam struktur mitokondria dalam sel, terutama sel-sel otot dan jantung.
Jadi secara logiknya, jika seseorang mengalami keletihan tanpa sebab tertentu, berkemungkinan besar puncanya ialah kekurangan elemen CoQ10 dalam tubuh seseorang itu.
Hal ini juga benar bagi wanita yang mengalami keletihan walaupun pemeriksaan tahap haemoglobin mereka adalah normal. Kebanyakan wanita yang bekerja mengalami keletihan kerana mereka mengalami anemia, di mana sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh telah kurang. Ia dapat dikesan dengan pemeriksaan haemoglobin.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.
Assalam doktor, adakah selamat jika wanita hamil mengambil Coenzyme Q10 ini semasa berpuasa? terima kasih doktor.
Ya.
Assalam doktor,saya menyusukan anak,jd boleh tak saya ambil Q10 utk menambah tenaga?
Assalam doktor,saya menyusukan anak,jd boleh tak saya ambil Q10 utk menambah tenaga?adakah selamat jika wanita hamil mengambil Coenzyme Q10 ini semasa berpuasa? terima kasih doktor.
Wa alaikum mus salam…setakat ini tiada kajian yang mengatakan Q10 bahaya kepada ibu yang menyusukan dan wanita hamil.
Boleh diambil wanita yang menyusukan anak.
assalamualaikum dr,
sy berumur 29 tahun. berat 46 dan tinggi 158cm. boleh sy ambil sumplemen ini untuk bagi tenaga dan boleh dr cadangkan bagaimana sy bole meningkatkan berat badan dan mengekalkan berat badan saya. untuk makluman sy sukar untuk meningkat kan berat badan dan mengekalkan nya.
terima kasih
Salam dr, tumpang tanya ckt,
boleh ke CoQ10 ni diambil bersama-sama multivitamin ?