Saya diminta untuk mengulas satu kenyataan yang disebarkan melalui internet. Teknologi “copy and paste” telah menyemarakkan penyebarannya. Kenyataan ini mulanya saya baca dalam versi bahasa Inggeris, kemudian saya mendapati ia telah dialihbahasakan dan ada yang diubahkan kandungannya.
Saya tidak dibayar gaji oleh syarikat makanan segera, McDonald atau Kentucky Fried Chicken mahupun Persatuan Penternak Ayam untuk menerangkan hal ini. Saya menulis kerana saya percaya ada kesilapan pada kenyataan yang disebarkan dan perlu diperbetulkan.
Saya tidak menyangkal bahaya penggunaan steroid pada haiwan ternakan kepada manusia. Namun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Menakut-nakutkan orang ramai untuk tidak memakan leher dan kepak ayam bukanlah cara terbaik untuk mendidik orang ramai untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.
Cuba perhatikan kenyataan yang disebarkan ini.
Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam? Jika anda wanita, hati-hati!
Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau. Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan. Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
|
Mesej yang cuba disampaikan ialah ‘jangan makan kepak dan leher ayam kerana di situ suntikan steroid diberikan’. Adakah ini bermakna memakan daging ayam di bahagian peha dan dada adalah selamat?
Hormon steroids semulajadi di tubuh
Tubuh manusia dan haiwan mempunyai hormone steroid semulajadi. Hormon ini seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone adalah penting dalam tubuh bagi menjalankan sistem fisiologi dan pertumbuhan fizikal, serta seksual manusia dan haiwan. Tanpa hormone ini kita tidak membesar sebagai lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Haiwan ternakan juga tidak akan membesar.
Oleh kerana hormone steroid semulajadi berada dalam tubuh haiwan, sama ada suka atau tidak, apabila kita makan daging haiwan ternakan, kita juga mengambil sekali hormon steroid yang ada pada haiwan itu.
Persoalannya, adakah hormone steroid semulajadi ini merbahaya kepada manusia yang memakan dagingnya. Bolehkah kita mendapat kesan sampingan apabila kita memakan daging haiwan yang mempunyai steroid semulajadi itu.
Secara perbandingan haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau mempunyai kandungan hormone steroid yang lebih tinggi daripada haiwan burung seperti ayam dan itik.
Namun begitu, kandungan hormon ini adalah rendah dan tidak mengganggu kesihatan tubuh manusia jika daging haiwan itu diambil sebagai makanan. Lagi pun hormon steroid ini adalah hormone semulajadi dan mudah dihuraikan (metabolized) dan dibuang dari tubuh manusia.
Jadi jangan risau tentang hormon ini. Memakan daging tidak menyebabkan kita mendapat kesan buruk daripada hormone semulajadi ini.
Sayangnya, industri penternakan haiwan di seluruh dunia telah dicemari oleh sikap tamak penternak. Mereka menggunakan hormon steroid penggalak (growth-enhancing hormones) untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat.
Penternak menggunakan beberapa jenis hormon steroid yang dijual di pasaran. Ada penternak yang menggunakan hormon steroid semulajadi seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone. Ada juga penternak yang menggunakan hormone steroid yang bukan asli (sintetik) seperti zeranol, trenbolone dan melengestrol acetate (MGA).
Jika penternak menggunakan hormone semulajadi, ini akan menyebabkan kepekatan hormone dalam daging haiwan itu bertambah dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa hormon steroid yang asli seperti 17ß-oestradiol boleh menyebabkan kanser.
Kepekatan hormone yang tinggi (walaupun ia hormone semulajadi) akan menggalakkan pertumbuhan kanser terutama pada orang yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser.
Jika penternak menggunakan hormone sintetik, ia tidak boleh metabolized atau dicerna dalam tubuh dengan sempurna. Ini juga akan memberikan kesan jangka panjang terhadap manusia apabila dimakan secara berpanjangan.
Oleh itu jika haiwan ternakan lembu diberikan suntikan ini (sama ada semulajadi atau sintetik) hormone ini boleh dipindahkan kepada tubuh tubuh manusia yang memakan dagingnya. Jika dos yang diberikan itu kecil, mungkin tiada kesan yang berlaku. Namun bagi orang yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser, dos yang kecil sudah cukup untuk memulakan proses pembentukan kanser. Jadi berhati-hatilah.
Untuk mengelakkan hal ini berlaku selalunya penternak tidak menyuntik haiwan ternakan mereka apabila menghampiri waktu penyembelihan. Ini memberikan masa untuk hormone steroid dicernakan, dan kepekatannya itu menjadi rendah .
Walaupun teknik ini sangat tidak beretika, ia masih diamalkan di kebanyakan negara ketiga. Negara seperti US, Eropah dan Kanada, mengharamkan teknik penyuntikan ini. Saya tidak pasti sama ada penternak di Malaysia menggunakan kaedah suntikan hormone steroid ini pada haiwan ternakan mereka.
Ayam ternakan juga disuntik?
Ramai yang beranggapan bahawa suntikan hormon ini dapat menambahkan berat haiwan ternakan. Sebenarnya ini tidak benar. Pertambahan berat badan bukan disebabkan oleh pertambahan jisim otot, tetapi pertambahan lemak di bawah kulit haiwan itu.
Penternak sebegini mengharapkan keuntungan cepat dengan penambahan berat bagi setiap ekor haiwan ternakan mereka apabila ditimbang untuk dijual. Pengguna akan tertipu kerana pertambahan berat ini disebabkan oleh penambahan lemak, bukan otot yang menjadi daging untuk dimakan.
Walaubagaimanapun, suntikan hormon tidak sesuai diberikan kepada ayam ternakan. Terdapat beberapa kajian saintifik yang mengatakan bahawa ayam disuntik tidak bertambah berat badannya. Untuk mendapat ayam ternakan yang besar, penternak harus memilih baka ayam yang baik, bukan dengan cara suntikan hormon. Ia tidak berkesan untuk ayam ternakan.
(Rujuk: Havenstein GB, Ferket PR, Qureshi MA (October 2003). “Carcass composition and yield of 1957 versus 2001 broilers when fed representative 1957 and 2001 broiler diets”. Poult. Sci. 82 (10): 1509–18)
Kaedah suntikan ini hanya berkesan diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu sahaja kerana harga suntikan hormone ini mahal. Ayam ternakan hanya disuntik dengan suntikan bagi tujuan pelali vaksin atau antibiotik bagi mencegah penyakit berjangkit di kalangan ayam-ayam ternakan.
Jadi suntikan hormone steroid ini biasanya dilakukan pada haiwan ternakan lembu bukan pada ayam atas faktor kos dan keberkesanannya. Saya yakin suntikan hormon steroid ini tidak diberikan pada ayam ternakan.
Walaubagaimanapun, cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon semulajadi dalam ayam ternakan, ialah dengan membuang kulit ayam dan merebus daging ayam dengan sempurna.
(rujuk: “Survey of hormonal levels in meat and poultry sold in Alexandria, Egypt” Eastern Mediterranean Health Journal Volume 4, Issue 2, 1998, Page 239-243)
Wallahu a’lam.
Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (220212)
Rujukan:
1. Hoffmann B. “Use of radioimmunoassay procedures for the determination of sex hormones in animal tissues”. Journal of steroid biochemistry, 1983, 19:947-51.
2. Sadek IA, Ismail HM, Sallam HN, Salem M. “Some aspects of the use of oral contraceptives as growth-promoting agents in poultry”. Eastern Mediterranean health journal, 1995, 1:241-7.
3. Shepherd M. “Analysis of veterinary drug residues in edible animal products. In: Creaser C, Purchase R, eds. Food contaminants sources and surveillance”. Melksham UK, Redwood Press Ltd., 1991:109-76.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
salam, dr. best info. mohon share ye..ramai yg suka percaya pada apa yg mereka dgr tnpa usul periksa.
salam, Dr
Saya adalah ibu kepada 3 anak istimewa(fragile X sydrome)..
Saya juga bekas pengidap kanser payudara 2008
Kini umur 40 thn..soalan saya bolehkah saya memakai IUD terlalu lama.Sampai 5 thn saya tukar begitulah seterusnya..
Adakah kesan sampingan???
salam..
dr.sy igin bertanya..ada bayi berusia 11 bln diberikan solid food ( bubr+sayur+ayam) meglami alegik yang agak teruk di bahgaian punggung dan juga kemakuannya..adakah ianya disebabakan oleh pemakan (ayam)..apa ubt yang dr blh syorkan untuk bayi saya yang mempunyai mslh tersebut? harp doktor dpt membantu
Terima Kasih atas artikel ini. Memang pernah dimomokkan dengan cerita di atas dan saya akui agak takut nak makan paha dan kepak ayam
so, kiranya tak ada masalah la untuk makan kepak ayam? saya memang suka makan kepak ayam.. :)
thanks dr for sharing.
Salam.
Boleh doktor terangkan bahaya makan kulit ayam?
terima kasih
salam dr.
saya baru je dptkan rawatan di hospital pakar p.pinang. sms consultation, dr di situ kata sy ada polypectomy. pastu dia sarankan sy buat polypectomy d&c slpas dia check vagina saya. ni sbb vagina sy tu..ketumbuhan dia dah terkeluar. pastu dr..sy xsmpat nak tnya byk kat dr tu sbb sy blurr dan terlalu sedih. pada pandgan dr mcm mana? perlu ke sy buat pembedahan tu segera? atau sy buat rwtan tradisional dlu? sbb keluarga sy suruh sy buat rawatan tradisional dlu. sy dgr ramai org kata pembedahan cuma potong ketumbuhan ttp polyp tu akan tumbuh smula..tp rawatan tradisional tu boleh kecutkan. apa pndgn dr. harap penjelasan segera. thanks.:)
ermm.. ksimpulannya boleh makan atau tidak..? :)
kesimpulannya..hanya ayam kg yg selmt dimakan…