D&C dan Kehamilan Semula

Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula.

“Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?”

Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala.

Sepanjang pengetahuan saya, tiada kajian yang menunjukkan prosedur dilation and curretage (D&C) bagi mengeluarkan saki-baki janin yang keguguran (retained products of conception) akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil semula jika keguguran itu bukan disebabkan oleh penyakit kronik.

Ini bermakna prosedur D&C itu sendiri bukannya penyebab masalah untuk sukar hamil semula. Tetapi jika dibiarkan saki-baki janin  yang tertinggal akan menyebabkan masalah pendarahan dan jangkitan kuman yang seterusnya akan menyebabkan masalah ketidaksuburan.

D&C akan mengosongkan semula rahem dan menggalakkan penghasilan semula lapisan dalam rahem (endometrium). Ini membolehkan ovum yang disenyawakan di’tanam’ di dalam endometrium kelak.

Oleh itu, jangan risau, pada kebiasaannya wanita akan hamil semula setelah melakukan prosedur itu.

“Semua keguguran harus menjalani D&C ke?”

Keguguran bermakna kematian janin. Ianya harus dikeluarkan. Harus sebelum berlaku komplikasi. Bayangkan ada seketul ‘daging’ di dalam rahem. Ianya boleh membusuk dan mengundang jangkitan kuman.

Tujuan utama rawatan D&C selepas keguguran ialah untuk mengelakkan jangkitan kuman atau pendarahan. Jika kehamilan itu masih awal (usia kehamilan kurang 10 minggu) selalunya secara semula jadi tubuh akan mengeluarkan janin itu dengan sendiri, tidak perlu D&C.

Namun jika kehamilan itu semakin membesar (usia kehamilan lebih 10 minggu), doktor akan melakukan D&C untuk mengeluarkan saki baki yang tertinggal bagi mengelakkan komplikasi jangkitan kuman dan pendarahan. Pemeriksaan ultrasound juga membantu doktor melihat jika masih terdapat lagi saki-baki janin dan kelongsongnya di dalam rahem.

Ada juga wanita yang sanggup mengambil risiko dengan membiarkan saki-baki janin itu keluar sendiri. Mereka lebih suka proses keguguran itu berlaku secara semulajadi. Saya tidak menghalang keputusan pesakit. Namun haruslah keputusan itu diambil setelah diberitahu oleh doktor tentang risiko yang dia hadapi.

Pesakit harus kembali ke hospital selepas seminggu untuk memeriksa sama ada saki-baki janin yang masih lagi tertinggal dalam rahem dengan menggunakan imbasan imej ultrasound. Antara tanda-tanda masih terdapat janinnya tertinggal ialah pendarahan yang tidak berhenti, demam dan sakit di bahagian ari-ari.

Namun kebanyakan wanita dan doktor tidak mahu mengambil risiko terutama jika wanita itu juga mempunyai masalah sakit puan yang lain atau masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis. Jadi prosedur D&C adalah cara terbaik bagi keguguran untuk kehamilan melebihi 10 minggu.

Walau bagaimana pun keputusan samada perlu D&C atau tidak, harus dibincangkan secara terbuka dan mendapat persetujuan bersama.

Bagaimana dengan kehamilan selepas D&C?”

Untuk hamil semula selepas keguguran atau D&C, bagi setengah wanita amat mudah dan bagi setengah wanita  yang lain mungkin agak sukar.

Persoalan yang sering ditanyakan kepada saya ialah kebarangkalian untuk hamil dan berapa lama harus menunggu untuk mencuba semula.

Sekali lagi saya ingin nyatakan bahawa sepanjang pengetahuan saya, tiada kajian yang menunjukkan prosedur dilation and curretage (D&C) bagi mengeluarkan saki-baki janin yang keguguran (retained products of conception) akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil semula di mana keguguran itu bukan disebabkan oleh penyakit kronik.

Nasihat saya kepada wanita yang keguguran dan melakukan D&C, sama seperti nasihat saya untuk wanita yang keguguran tanpa melakukan D&C, iaitu berbincanglah dengan doktor yang merawat.

Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan selalunya akan membantu doktor memberikan nasihat terbaik. Jika doktor tidak berikan sebarang nasihat, cuba tanyakan kepadanya masa yang sesuai untuk hamil semula.

Selalunya doktor akan meminta menunggu sehingga 3 kitaran haids. Ini sebenarnya membantu rahem pulih dari kecederaan ketika keguguran dan D&C. Tempoh ini juga sesuai untuk wanita itu bersedia dari segi emosi.

Cuba perhatikan perjalanan kitaran haids anda. Gunakan kalendar untuk menandakan bila kitaran haids itu bermula dan bila ianya tamat. Adakah ianya kitaran yang tetap?

Dengan cara ini boleh menentukan bila wanita itu sedang ovulasi dan dalam waktu kesuburan. (boleh rujuk pada penulisan saya https://drzubaidi.com/blog/?p=447

Selain itu bolehlah menggunakan Ovulation Predictor Kit (OPK). Hal ini telah saya huraikan dalam https://drzubaidi.com/blog/?p=610

Ini kerana masa ovulasi sebelum keguguran, berbeza dengan masa ovulasi selepas keguguran. Namun kebanyakan wanita hanya menggunakan satu OPK saja untuk menentukan kesuburan mereka. Ini tidak mencukupi.

Saya menasihati agar menggunakan sekurang-kurangnya 10 OPK bagi setiap bulan, bermula dari hari ke 10 selepas kedatangan darah haids. Setelah OPK menjadi positif, bermakna wanita sedang dalam ovulasi, maka haruslah bersama suami (berjima’) dalam masa 12-24 jam.

Insya Allah, jika wanita itu mengikut nasihat terbaik dari doktor, kehamilan tidak akan menjadi masalah.

Bagi wanita yang keguguran, saya menasihatkan agar menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi merawat kecederaan rahim dan faraj ketika keguguran dan prosedur D&C.

Wallahu a’lam.

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

26 comments

  1. salam dktr…sye nk bertnye,sye da mengalami keguguran sebnyk 2 kali dan telah melakukan dnc…2 kali sye keguguran to sye mengalami pendrahan yg bnyk dan mengalami darah beku..mase sye pregnant 3 minggu hb sye 13.5,7 minggu pula 14.5….adekah merbhya diawal kehamilan hb kita mencecah 14.5???sye ade terbce dalam 1 artikel mengatakn 15%faktor keguguran adelah dissbkan darah beku…sekarang nie saye ngah merancang tok pregnant kali ke3,akn berlaku ke keguguran tok kali ke3???ke sye perlu ambil ubat tok mencairkan darah sebelum pregnant semula??harap dktr dpt menjawapnya…
    terima kasih…..

  2. salam dr.. saya nak tanya, saya baru lepas menjalani prosedur suction and curretege kerana doktor suspect molar pregnancy. sekarang dah masuk 1 bulan, tapi pendarahan masih belum berhenti. saya ada pergi semula ke hospital di mana saya menjalani s&c tersebut. doctor telah membuat ultrasound dan mendapati terdapat sesuatu di dalam rahim saya. doktor mengatakan itu mungkin darah beku yang belum habis keluar. pemeriksaan darah telah dibuat dan paras hormon b hcg saya menurun daripada 19,000 kepada 100.4. tapi sehingga sekarang darah masih belum berhenti..kadang2 terdapat sedikit lendir keluar bersama darah.harapa doktor dapat beri penjelasan..terima kasih..

  3. Salam doctor. Umur saya 35 thn. Saya baru menjalani d&c kerana missed abortion pada mgu ke-10 kehamilan.
    Saya mmg ada darah tinggi dan semasa hamil BP saya x stabil. Urin pula ada protein – 3+.
    Soalan saya : Apa persediaan yg perlu saya buat sebelum merancang utk hamil semula? Kena kawal dulu darah tinggi ke? Apa yang boleh saya lakukan dari segi perubatan utk urin ada protein tu? Sbb sebelum hamil pun saya alami masalah yang sama.
    Terima kasih atas bantuan doctor.

  4. salam doktor,

    saya telah menjalani d&c kerana missed abortion pada minggu ke-11 iaitu kira2 3 tahun yg lalu tetapi sehingga kini saya masih belum hamil. pelbagai usaha telah dilakukan tetapi gagal. adakah ia ada kaitan dgn d&c?

  5. Salam Doktor,

    Sy baru sy keguguran pada 20.06.11 dan doktor perlu melakukan d&c. Sehingga hari ini, masih ada darah berwarna coklat yg keluar. Bolehkah saya tahu, berapa lama keadaan seperti ini akan berlanjutan dan perlukah saya mendapatkan rawatan kerana saya juga mengalami sakit di bahagian pinggang dan bontot (sakit sengal – sengal seperti terjatuh). Selain itu juga, saya sering merasa terawang2 dengan sakit kepala dan loya-loya.

  6. salam doktor,
    saya pernah keguguran pada aug 2009 (anak kedua). Doktor memberitahu bahawa baby tak dpt survive disebabkan ubat bius ketika sy menjalani pembedahan appendix pada usia baby 3 bln dlm kandungan. Saya telah buat DnC dan sehingga skrg sy masih belum hamil semula. Untuk pengetahuan dr, anak sulung sy telah berusia 4 thn & sy skrg berusia 31 thn. Sy pernah berjumpa dgn dr pakar & menjalani ujian drh tetapi hasil result drh menunjukkan sy tiada masalah utk hamil semula kecuali masalah berat badan kata dr. berat sy pada ketika ini 69kg dgn tinggi 153cm. sy pernah berusaha menguruskan bdn tetapi tidak berhasil. Adakah disebabkan rawatan dnc itu menyebabkan sy sukar hamil @ berat badan yg menjadi punca? untuk pengetahuan doktor, semasa hamil anak kedua berat badan sy mmg dlm lingkungan 60++.tq.

  7. Salam,
    Doktor, 3 hari lepas saya telah mengalami keguguran, setelah kandungan saya mencecah hampir 2 bulan, selepas sehari tiada lagi berlaku pendarahan, adakah saya perlu melakukan d&c untuk memastikan tiada darah yang masih tertinggal didalam… dan adakah ini normal…?kerana ini adalah pengalaman saya yang pertama..terima kasih

    • saya telah melakukan pengguguran semasa kandungan saya 2bulan.selepas menjalani pengguguran saya tidak datanh haid. ini adalah pengalaman pertama saya.apa nasihat dan apa yang perlu saya lakukan?

  8. selepas dnc saya tidak preg selama hampir 2thun . kemudian setelah pemeriksaan hsg rupenye saya mengalami lekatan dinding rahim.. sedih sangat , dnc yg dahulu sgt sakit bg saya.. apakah dugaan ini? sy masih belum berjumpa dr untuk proses ddnc kali kedua dan dinasihatkan tidak mengandung selama 6 bulan.. dr akan memasang alat pencegah hamil di dalam rahim saya.. saya takut ianya berulang kembali..

  9. salam Dr.

    saya berumur 36thn, minggu lepas pada 3/11/2011 saya telah mbuat D&C (10 mgg 5 hari – usia kandungan). hari ketiga selepas D&C baru saya buleh membuang air besar. tapi masalah nya saya merasa sangat sakit di ari-ari ketika hendak membuang air besar apatah lagi kalau terpaksa meneran. saya menjadi fobia bila hendak membuang air besar kadangkala terpaksa mengalirkan air mata kerana terlalu sakit.

  10. salam doc.
    apakah prosedur yg spatutnya dilakukan apabila seseorang yg mngalami keguguran dalam tempoh kehamilan yang berusia 3 minggu? Jika kakitangan kerajaan,brp harikah jumlah cuti sakit yang biasanya diberikan dan perlukah membuat follow up selepas itu? Adakah pesakit perlu dimasukkan ke wad? terima kasih….:-)

  11. assamulaikum doc.. saya baru melakukan d&c pada 25.12.2011. saya inggin tahu bilakan pula period saya kan dtg…. dan adakan baik utk saya mengamalkan jamu…. atau hanya sekadar mengambil asid folic?

  12. salam doc.. umur saya 23, saya hendak tanya..? 13/12/11 saya telah D&C. selepas itu darah saya berhenti pada 11 hari kemudian iaitu 23/12/11. dan doc kata D&C saya ok.. masalah saya sekarang ni sehingga ke hari ini period saya masih tidak datang lagi 24/1/12.. jadi apa saya perlu lakukan sekarang. doc mungkin boleh bagi penerangan terperinci..

  13. assalamualaikum dr..

    saya nak tanya, adakah selamat bagi saya untuk mengandung dalam masa terdekat ni? situasi saya macam ni: anak pertama saya lahirkan melalui pembedahan c-sec pada tahun 2007 (uri lilit leher baby) dan anak yang kedua pun dilahirkan melalui kaedah yg sama (uri bwh kepala baby, saya rasa plasenta pravia) pada jun 2011. Fyi, perkara ini tidak disengajakan, dan saya sebenarnya tidak mahu mengandung dlm masa terdekat ini. Saya dan suami plan dlm masa dua tahun lagi baru saya mengandung lagi… sekarang sy berumur 35 tahun… mohon penjelasan dan nasihat daripada doktor.. terima kasih doktor

  14. slm..adakah berisiko sekiranya hendak mengandung setelah hanya sekali kitaran period selepas keguguran.?

  15. salam.. sy baru lepas keguguran.. didapati pregnant 5minggu. doc advise utk buat d&c utk mbrsihkan rahim.. ade cara lain selain d&c?? period flow sy dh kurang,tp masih ade lg belum clear lepas buat ultrasound..

  16. Dear Dr, Salam

    Saya telah buat HSG dan resultnya semua ok no blockage. Ada sedikit pendarahan selepas HSG. Selang 3 hari selepas itu, keluar darah kembali agak banyak seperti darah haid. Adakah ini normal?

  17. assalam dr..sy baru lepas keguguran pada usia kndungn 10mggu. sebelum keguguran ada buat pemeriksaan kandungan tetapi kandungan dlm keadaan sihat. semggu selepas tiada apa kemalangan yg dialami.tetapi sy keguguran dgn sendiri darah beku beserta uri keluar sendiri.sy masih berfikir jgk knp / apa punca ini berlaku.tetapi sy dan suami redha.sy dirawat di hospital GOV.ingin bertnya knp sy tidak dibenarkn membawa pulang janin(seperti darah beku)tersebut?? benda tersebut perlu ditanam atau tidak? ini kerana org2 tua menanya sy knp tidak dibawa pulang dan ditanam.

  18. salam…sya bru kegugurn seminggu dua minggu yg lpas,dan telah melakukan D&C tp darah pada rahim sya msih keluar..adakah ianya perkara biasa selepas 2mnggu keguguran?

  19. salam dr..sya pernah mengalami keguguran pada tahun 2008 dan sehingga kini masih belum hamil lgi setelah mngalami D&C..kitaran haid saya normal setiap bulan..tidak pernah mengalami masalah haid..namun sya msih belum merujuk kepada pakar puan..

  20. salam, dr.. sy br keguguran 4/11/2012 pada 15/12 sy period 1hari sahaja… ada ke ini normal?

    • salam, dr.. sy br keguguran 4/11/2012 pada 15/12 sy period 1hari sahaja… ada ke ini normal?

      Dr Zubaidi: Ya, normal. Berikan masa untuk rahem puan pulih dan hormon kembali stabil. Puan boleh mendapatkan ekstrak KACIP FATIMAH untuk menyembuhkan luka dalaman pada rahem akibat keguguran dan D&C.

  21. as salam doktr.. sy baru lps keguguran pd 25hb jan 2013.. pd usia kandungan 13 minggu.. sy tlh admitted sehingga 28hb jan.. tp doktor msh xpasti sama ada janin tlh habis jeluar atau blm.. adakah saya perlu menunggu sehingga 2 minggu utk proses pengeluaran janin secara sendiri dan kembali ke hospital semule atau saya perlu membuat proses dnc dgn kadar segera? apakah risiko yang sy perlu tanggung dlm masa 2 minggu ini?

    • as salam doktr.. sy baru lps keguguran pd 25hb jan 2013.. pd usia kandungan 13 minggu.. sy tlh admitted sehingga 28hb jan.. tp doktor msh xpasti sama ada janin tlh habis jeluar atau blm.. adakah saya perlu menunggu sehingga 2 minggu utk proses pengeluaran janin secara sendiri dan kembali ke hospital semule atau saya perlu membuat proses dnc dgn kadar segera? apakah risiko yang sy perlu tanggung dlm masa 2 minggu ini?

      Dr Zubaidi: Keguguran di awal kehamilan sebenarnya adalah proses semulajadi di mana janin yang sihat saja dapat meneruskan kehamilan, sementara janin yang ‘bermasalah’ selalunya akan dikeluarkan dari rahem melalui proses keguguran. Oleh kerana ini adalah proses semulajadi, maka ia harus berlaku secara semulajadi juga. Dalam kes puan, saya meminta puan banyak bersabar dan tiada risiko yang memudaratkan jika puan menunggu lagi dua minggu. Saya berdoa semoga ALLAH permudahkan proses keguguran puan dengan cara janin itu keluar dengan sendiri tanpa melakukan prosedur D&C. Namun begitu jangan lupa menghadirkan diri untuk pemeriksaan walaupun janin itu keluar dengan sendiri kerana doctor akan melakukan pemeriksaan ulangan ultrasound untuk memastikan rahem puan telah kosong dan tiada baki janin tertinggal.

  22. Assalam dr, sy br melakukan proses dnc yg pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu..setelah 2 minggu darah masih keluar dan telah melakukan dnc kali ke2 kerana dr beritahu ada darah beku xhbs keluar..seminggu selepas itu sy dtg utk check up dan bwat ultrasound tp dr memberitahu bahawa rahim sy masih tebal..apakah risiko yg akan sy hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?

    • Assalam dr, sy br melakukan proses dnc yg pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu..setelah 2 minggu darah masih keluar dan telah melakukan dnc kali ke2 kerana dr beritahu ada darah beku xhbs keluar..seminggu selepas itu sy dtg utk check up dan bwat ultrasound tp dr memberitahu bahawa rahim sy masih tebal..apakah risiko yg akan sy hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam..Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan. Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal setebal 6.7 millimeter. Selepas darah haid berhenti, proses penebalan berlaku secara perlaha-lahan dan mencapai ketebalan maksima semasa ovulasi. Ketika ini lapisan endometrium akan menjadi tebal, bagi tujuan lekatan atau menanam benih yang terhasil dari persenyawaan sperma dan ovum.

      Jika tiada lekatan ini, lapisan endometrium akan luluh dan jatuh sebagai darah haid. Dan proses penebalan lapisan ini bermula semula selepas darah haid berhenti disebabkan kesan hormone wanita dalam tubuh.

      Bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, lapisan endometrium ini tidak mampu menebal dan kekal dalam keadaan tipis, dan menyebabkan haid tidak dating pada jangka masa yang lama dan akhirnya menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu. Lapisan endometrium yang menipis akan menyebabkan ketidaksuburan dan sukar untuk hamil. Bagi wanita yang masih muda, lapisan endometrium yang tebal, secara amnya bermakna mereka sedang berada dalam keadaan subur. Sebab-sebab lain ialah akibat berat badan berlebihan (obesity) dan ketumbuhan pada kelenjar ovary.Jadi saya menasihatkan kepada wanita yang telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan diberitahu mengalami lapisan endometrium dalam rahem yang tebal, agar segera berbincang dengan doctor yang merawat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!