Advertorial

BAGAIMANA KITA TAHU BERDEBAR-DEBAR.

“Salam doktor. Bagaimana kita mahu tahu yang kita benar-benar mengalami masalah berdebar-debar ini?”

 

berdebar

 

Selalunya kita sendiri mengesyaki yang kita mengalami degupan jantung yang laju apabila kita dapat rasakan debaran itu. Jika kita dilatih dalam ilmu pertolongan kecemasan dan CPR, mungkin kita mahir mencari nadi dan mengira degupan jantung kita. Jika kita tidak pasti, saya nasihatkan agar berjumpa doctor.

 

Apabila kita berjumpa doctor di klinik atau di Jabatan Kecemasan doctor akan melakukan pemeriksaan fizikal kita, terutama mengesan degupan jantung yang laju pada nadi. Doktor bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan (medical history). Kadang kala doctor bertanya soalan seperti adakah rasa berdebar-debar ini belangsung sepanjang hari atau berlaku sesekali. Adakah ada masa-masa tertentu yang menyebabkan rasa debar-debar atau apakah yang berlaku yang mungkin dia tahu menyebabkan rasa berdebar-debar. Doktor juga akan bertanyakan ubat-ubatan yang mungkin sedang diambil (jika kita mempunyai penyakit kronik). Doktor juga akan melakukan beberapa ujian darah bagi menentukan punca masalah berdebar-debar ini.

 

Pemeriksaan yang lebih spesifik yang doctor mungkin lakukan ialah:

  1. Electrocardiogram (ECG): Boleh dilakukan semasa pesakit berbaring atau semasa pesakit sedang melakukan larian atas thread mills.
  2. Pemantauan Holter: Pemeriksaan yang sama Cuma pesakit harus menggunakan alat ini 24 atau 48 jam bagi mengesan degupan jantung yang mungkin tidak dapat dikesan semasa melakukan pemeriksaan ECG.

 

  1. Pemeriksaan X-ray dada: Doktor akan memeriksa perubahan yang mungkin berlaku pada paru-paru akibat perubahan degupan jantung ini. Contoh doctor mengesan terdapat cecair pada paru-paru dan saiz jantung yang besar, yang berkemungkinan disebabkan oleh masalah lemah jantung.

 

  1. Echocardiogram: Ia adalah pemeriksaan ultrasound bagi jantung untuk mengetahui struktur dan fungsi jantung.

 

Jika pemeriksaan menunjukkan masalah yang lebih besar, selalunya doctor akan merujukkan kepada pakar jantung, “cardiologist”.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: