Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Risau anak belum merangkak umur 8 bulan

Risau anak belum merangkak umur 8 bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN baby crawling

 

“Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa ini, bayi itu boleh memegang kepalanya sehingga melihat ke hadapan, dan otot lengan, kaki dan otot belakang sudah cukup kuat untuk menahannya daripada jatuh di atas lantai.

Selepas bayi ini dapat duduk dengan baik, dia akan belajar menolak lututnya untuk merangkak.   Apabila bayi ini sudah menguasai cara merangkak, barulah dia mula belajar berdiri dan berjalan.

Puan boleh menggalakkan anak untuk mula merangkak dengan cuba baringkan anak dalam keadaan tiarap.  Cuba bermain dengan bayi puan. Galakkan dia mengambil barangan mainan di hadapannya. Bayi puan akan cuba merangkak untuk mendapatkan barang mainannya.

Mengurut juga cara yang baik untuk merangsangkan otot-otot kaki, tetapi  merangsang bayi puan mendapat kemahiran untuk merangkak.   Jadi jangan risau.

Perkembangan kemahiran ini berbeza antara satu bayi dengan bayi yang lain. Jadi jangan bandingkan bayi puan dengan bayi orang lain. Bayi yang dilahirkan secara pramatang juga mencapai kemahiran untuk merangkak agak lambat berbanding bayi yang dilahir secara cukup bulan.

Tetapi jika anak puan tidak menunjukkan sebarang minat untuk melakukan pergerakan kaki dan tangannya untuk bergerak, selepas berumusia setahun, saya cadangkan puan bawa untuk pemeriksaan doktor.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: