Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

hemodialysis 2

 

  “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.

 

Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.

 

Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.

 

Oleh bagi pesakit seperti ini memerlukan rawatan hemodialisis noktural (dialisis waktu malam) secara harian selama lapan jam sepanjang malam selama enam hari seminggu.

 

Dengan tempoh dialisis lebih panjang, kadar aliran darah boleh menjadi serendah 150 mililiter seminit dan mengurangkan risiko tekanan darah rendah dan serangan jantung kerana tekanan darah pesakit lebih stabil.   Tempoh dialisis yang lebih lama menjadikannya lebih efektif dan mengurangkan komplikasi lain.

 

Kebanyakan pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat antihipertensi, ubat menurunkan kolesterol dan bagi mengawal tahap haemoglobin kerana hanya dos rendah erythropoietin diperlukan.   Pesakit juga mendapat manfaat dari segi nutrisi kerana rawatan dialisis ini lebih berkesan.

 

Malah, risiko kemasukan wad akibat jangkitan mahupun komplikasi penyakit jantung juga berkurangan. Aktiviti harian pesakit juga tidak lagi terganggu terutama pesakit yang bekerja mahupun yang masih belajar.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: