Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

Dr Muhammad Mustaqim (tiga dari kiri) bersama ahli panel lain ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Meja Bulat Paradigma Pemakanan Menurut Sunah dan Sains anjuran IKIM di Kuala Lumpur 08 Oct 2013

Dr Muhammad Mustaqim (tiga dari kiri) bersama ahli panel lain ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Meja Bulat Paradigma Pemakanan Menurut Sunah dan Sains anjuran IKIM di Kuala Lumpur 08 Oct 2013

 

Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai.

Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.

 

Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal.

“Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.

 

“Kajian saintifik terhadap bahan dalam pemakanan sunah perlu dilakukan secara teliti bagi mengelakkan percanggahan antara sains dan agama yang boleh memberi implikasi terhadap sunah Nabi,” katanya selepas persidangan meja bulat ‘Paradigma Pemakanan Menurut Sunah dan Sains’, di sini, semalam.

 

Beliau berkata, penyelidikan itu juga mampu menyingkap kelebihan khasiat pemakanan sunah yang masih belum diterokai lagi yang bermanfaat untuk kesihatan.

 

Kini banyak produk berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen yang dijual di pasaran tanpa dibukti dan disahkan kesahihan khasiatnya secara saintifik.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: