Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » UPT Kabur: Adakah saya hamil?

UPT Kabur: Adakah saya hamil?

 

“Assalam mualaikum doktor, saya telah menjalankan ujian UPT sendiri di rumah, dan menunjukkan tanda positif iaitu ada 2 jalur yang muncul dalam masa 3 minit. Apabila saya pergi ke klinik, saya menjalani pemeriksaan UPT semula dan doktor mengatakan bahawa keputusannya samar, lalu meminta saya dating semula selepas dua minggu.

Mengikut pengiraan saya, saya telah hamil enam minggu dan sepatutnya doctor sudah dapat mengesan kehamilan saya menggunakan ultrasound.

Saya juga mengalami rasa loya dan pening. Biasanya kalau hamil, saya juga mengalami perasan yang serupa. Adakah saya hamil?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya percaya berkemungkinan besar puan hamil kerana UPT menunjukkan dua jalur, walaupun agak samar pada bahagian jaluran test berbanding dengan jalur control.

 

Jaluran yang tidak terang ini mungkin disebabkan oleh puan masih lagi berada di awal kehamilan.

 

Jika puan melakukan ujian ultrasound di kebanyakan klinik bukan-pakar perbidanan, mesin ultrasound yang digunakan kebanyakannya tidak begitu baik berbanding mesin ultrasound yang digunakan oleh doctor pakar perbidanan, kerana harganya lebih mahal dan mengesan dengan lebih baik.

 

Oleh itu di awal kehamilan, doctor agak sukar mengesan janin dalam rahem puan. Imej yang dilihat juga tidak jelas dan kebanyakan doctor tidak berani mengesahkan kehamilan.

 

Cara yang terbaik ialah menunggu antara semingu atau dua minggu dan mengulangi semula pemeriksaan UPT atau ultrasound, jika masih lagi tidak mengalami kedatangan haids.

 

Rasa loya, pening dan mengidam bukanlah tanda yang pasti bagi kehamilan seseorang. Ia lebih kepada tanda yang menyokong, bukan tanda yang menentukan kehamilan seseorang.

 

Tiada doctor yang mendiagnosa seseorang wanita hamil hanya berdasarkan aduan bahawa dia mengalami loya, pening dan mengidam. Sekurang-kurangnya pemeriksaan UPT diperlukan untk mengesahkan kehamilan seseorang.

 

Wallahu a’lam.

 

3 comments

  1. sy berminat dengan soalan upt kabur.. last period sy pada 5 october 2012 sehingga kini masih belum period.. sy di diagnosed PCOS 5 bulan lalu..tp dlm tempoh 2 bulan ni sy tak ambil apa-apa ubat dan menyambung makan ubat metformin..upt sy chek 21/11/12 kabur..saya jumpa pakar o & g keesokan harinya (22/11/12)dan bawa upt yg saya chek di rumah maybe early positive tp bile buat ultrasound doc ckp rahim sy kosong. dia minta sy tggu lg seminggu check semula upt samaada masih sama atau tak… sy hairan kenapa upt result positive ? adakah upt boleh mengesan selain dr hormone hCG dan kenapa perlu tggu lg seminggu sebab dah buat ultrasound di katakan rahim kosong

    • sy berminat dengan soalan upt kabur.. last period sy pada 5 october 2012 sehingga kini masih belum period.. sy di diagnosed PCOS 5 bulan lalu..tp dlm tempoh 2 bulan ni sy tak ambil apa-apa ubat dan menyambung makan ubat metformin..upt sy chek 21/11/12 kabur..saya jumpa pakar o & g keesokan harinya (22/11/12)dan bawa upt yg saya chek di rumah maybe early positive tp bile buat ultrasound doc ckp rahim sy kosong. dia minta sy tggu lg seminggu check semula upt samaada masih sama atau tak… sy hairan kenapa upt result positive ? adakah upt boleh mengesan selain dr hormone hCG dan kenapa perlu tggu lg seminggu sebab dah buat ultrasound di katakan rahim kosong

      Dr Zubaidi: Assalamu alaikum. Ujian UPT puan positif sementara pemeriksaan ultrasound puan tidak menunjukkan kehadiran janin dalam rahem. Ini kerana alat mesin ultrasound di sesetangah klinik tidak begitu sensitive mengesan kehadiran janin di awal kehamilan. Puan boleh membuat pengesahan kehamilan dengan cara alternative seperti pemeriksaan darah untuk hormone b-hCG atau pemeriksaan ultrasound melalui faraj (TVS) yang lebih sensitive. Doktor yang merawat puan menasihatkan puan menunggu untuk dua minggu lagi, supaya saiz janin yang semakin membesar dapat dikesan dengan mesin ultrasound mereka. Wallahu a’lam.

  2. nurul ashikin

    salam doc…
    saya mengalami masalah upt positif tapi kabur..last period 23/10/2012.adakah pengambilan jamu mempengaruhi result upt..
    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top