“Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX.
Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan CAFFOX…sakit kepala tu hilang….tetapi saya sukar untuk tidur.
Jantung saya berdebar laju…dan kadang-kadang rasa kebas pada tangan. Saya telahpun membuat pemeriksaan jantung ECG..jantung saya berdebar kencang 100 lebih…entahlah doktor cakap mungkin saya stress ada masalah..saya pun tak pasti….sedangkan saya tiada masalah pun pada masa itu dan ok je….
Terasa bimbang juga..kesan ubat itu telah saya rasa pada hari ini..Doktor, adakah saya berisiko untuk menghadapi SAKIT JANTUNG?”
Saya amat bersimpati dengan musibah yang menimpa saudara, dan saya berdoa semoga ALLAH mempermudahkan usaha saudara merawat musibah yang menaimpa saudara.
Banyak punca menjadikan seseorang itu rasa berdebar-debar. Antaranya ialah akibat demam, selepas beriadah, mengalami perasaan resah, memakan beberapa jenis ubatan moden dan herba, kehamilan dan pelbagai penyakit-penyakit lain.
Ubat Caffox yang saudara gunakan adalah sama seperti ubat Cafergot yang mengandungi dua bahan aktif iaitu Ergotamine Tartrate 1mg dan Caffeine 100mg.
Saya percaya bahan aktif Caffeine dalam ubat itu yang membuat saudara berasa berdebar-debar. Ini kerana caffeine adalah bahan stimulant (perangsang) yang bertindak ke atas jantung dan diketahui boleh menyebabkan berdebar-debar.
(rujuk: Iancu I, Olmer A, Strous RD (2007). “Caffeinism: History, clinical features, diagnosis, and treatment”. In Smith BD, Gupta U, Gupta BS. Caffeine and activation theory: effects on health and behavior. CRC Press. Pp 331-334)
Namun begitu, debaran jantung yang saudara rasakan mungkin juga bukan disebabkan oleh caffeine. Ia berlaku disebabkan oleh punca-punca yang lain.
Debaran atau berdebar-debar selalunya berlaku apabila degupan jantung melebihi 100 degupan dalam seminit. Ia boleh diukur dengan mengira nadi pada pergelangan tangan atau di pertengahan leher.
Banyak punca mengapa seseorang mengalami degupan jantung yang laju dan dikatakan sebagai berdebar-debar. Oleh itu pemeriksaan klinikal yang teliti haruslah dijalankan.
Petanda (clue) bagi mencari diagnose yang betul bergantung kepada keadaan seseorang pesakit itu ketika mengalami berdebar-debar. Bilakah pertama kali dia merasakan debaran itu, dan adakah ia berkaitan dengan sebarang ubat-ubatan atau minuman yang mengandungi caffeine?
Pesakit juga harus memberitahu bagaimana debaran itu bermula dan bagaimana ia berhenti. Bilangan debaran itu juga dapat membantu doktor mencari petanda bagi diagnose masalah yang dihadapinya.
Sebelum mencari punca debaran jantung, ia perlu disahkan dahulu. Ada kalanya pesakit merasakan jantungnya berdegup laju, pada hal degupan jantungnya tidak melebihi 100 degupan seminit.
Namun cara terbaik ialah dengan menggunakan teknik pemeriksaan ECG kerana bukan saja boleh mengira bilangan degupan tetapi rentak (rhythm) degupan jantung. Dengan ini pemeriksaan menggunakan mesin ECG adalah cara terbaik melakukan pengesahan (bukan diagnosa punca debaran).
Namun apa yang berlaku ialah selalunya debaran itu tidak berlaku ketika pemeriksaan fizikal di klinik dijalankan. Tetapi ia berlaku sesekali sehingga merinsingkan pesakit, sehinggakan ramai pesakit yang merungut kerana doktor hanya memberikan kata-kata yang menyedapkan hati saja, seperti “jangan risau, ini adalah gejala stress”.
Pada hal pesakit merasa kekecewaaan kerana debaran itu berlaku pada masa-masa tertentu saja dan sangat mengganggu fizikal dan emosi mereka.
Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan melakukan pemantauan ECG 24 jam, menggunakan mesin Holter monitor. Dengan ini degupan jantung dapat dirakam dan diperiksa semula bagi memastikan terdapat degupan yang mungkin berlaku dalam masa 24 jam.
Jika degupan jantung berlaku sesekali dalam seminggu, sudah tentu mesin Holter monitor juga tidak dapat dimanfaatkan. Pemantauan yang lebih lama diperlukan, dan dalam hal ini perlu berbincang dengan pakar jantung cardiologist.
Bagi pemeriksaan yang lebih canggih, saya mencadangkan melakukan pemeriksaan struktur jantung dengan melakukan pemeriksaan echocardiogram. Dengan ini doktor dapat mengesan masalah struktur jantung terutamanya injap (valve) jantung yang tidak berfungsi secara normal.
Jika datang di klinik biasa, selalunya tiada kemudahan dan peralatan canggih. Saya akan mencadangkan kepada pesakit untuk pemeriksaan darah seperti pemeriksaan fungsi kelenjar thyroid, bagi memastikan sama ada debaran itu ada kaitan dengan fungsi kelenjar thyroid atau tidak.
Jika fungsi kelenjar thyroid adalah normal, rasa terbaik berjumpalah dengan pakar jantung cardiologist yang lebih mesra pesakit agar ia lebih memahami masalah yag dihadapi oleh pesakit.
Wallahu a’lam.
Salam Dr,saya ingin bertanya ttg kesan sampingan ambil air belebihan,saya pernah terbaca artikel DR kesannya boleh dpt Hyponatremia,bagaimana ia boleh berlaku? Adakah saya minum berlebihan, berat bdn saya 58 kg,minum sehari lbh kurang 4 liter.Saya dpt turun berat bdn dr 69 kg ke berat skrg dgn diet low calori & minum air mineral. BErapa kuantiti air yg dikatakan berlebihan,&sepatutnya kita perlu ambil berapa kiter sehari untuk kesihatan? Terima kasih.