Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Bilateral Tubal Reversal

Bilateral Tubal Reversal

Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka.

Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram.

Ini berdasarkan ayat al Quran:

“..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah memberikan rezeki pada kamu dan kepada mereka..” (Al An’am:151)

Tetapi terdapat pengecualian yang diberikan kepada wanita yang tidak boleh menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan sementara (atas faktor kesihatan), di mana mereka boleh  menggunakan kaedah pencegahan kehamilan secara kekal. Ramai juga wanita yang menerima alahan teruk kerana ubat pil perancang kehamilan, suntikan atau implant mengandungi hormone. Jadi mereka boleh melakukan kaedah pencegahan kehamilan secara kekal jika kehamilan mereka boleh membahayakan nyawa.

Hukum pengharaman melakukan prosedur mencegah kehamilan secara kekal ini melibatkan doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang sama-sama mempromosikan penggunaan kaedah ini (tanpa sebab-sebab yang dibenarkan). Orang yang melakukannya, orang yang membantu melakukannya dan mereka yang menyediakan kemudahan untuk prosedur itu sama-sama membantu melakukan perkara yang haram.

(rujuk Al Syeikh Walid bin Rasyid al Su’aidan, Isu-isu fiqh perubatan semasa, Penerbitan al Hidayah 2007)

“Hendaklah kamu saling Bantu membantu dalam hal al Birr dan at Taqwa (kebaikan, kebenaran dan kepatuhan), tetapi janganlah saling membantu dalam membuat dosa dan kemungkaran. Takutlah Allah”. (Surah al maidah ayat 2)

Kaedah menghalang kehamilan secara kekal ini dinamakan bilateral tubal ligation (BTL), biasanya dilakukan dengan mengikat, memotong atau apa saja kaedah yang memutuskankan tiub fallopian dari terus bersambung ke rahem.

Apabila fallopian tube ini dipotong, benih lelaki sperma tidak dapat melintasi bahagian yang diputuskan untuk bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari. Dengan ini ini  kehamilan dapat dihalang.

Namun begitu keadah ini tidak menjamin ketidakhamilan 100%. Pada tahun pertama BTL dilakukan, ia amat berkesan menghalang kehamilan sebanyak 99%. Keberkesanannya semakin menurun pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana saluran fallopian yang diputuskan atau diikat itu boleh bercantum dan bersambung semula, terutama jika ia tidak dilakukan dengan cara yang sempurna.

Dengan kuasa Allah, proses recanalization iaitu pembentukan saluran yang halus dalam saluran fallopian, menghubungkannya semula  dengan rahem, boleh berlaku dan menyebabkan sperma berenang melaluinya. Setelah itu berlakulah persenyawaan.

Ovum yang telah disenyawakan mempunyai saiz yang lebih besar dan tidak boleh melepasi semula saluran halus ini. Maka ia tidak dapat dibesarkan di dalam rahem, tetapi terus membesar di fallopian tube. Naka berlakulah kehamilan di luar rahem.

Saya menerima pertanyaan di Klinik FB Dr Zubaidi, kelolaan saya.

Salam Doktor, maaf sekiranya saya menganggu, saya telah di”BTL” pada November tahun lepas, setelah 3 kali LSCS di hospital kerajaan, saya telah membaca tentang “reverse BTL “, tentang risiko yang mungkin dan sebagainya. Dr, apakah mungkin saya melakukan ‘reverse btl’ ini di Malaysia?”

Dalam dunia perubatan moden, prosedur untuk menyambung semula fallopian tube dapat dilakukan oleh doktor pakar microsurgeon gynaecologist, yang harus mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Prosedur ini dinamakan “tubal reversal”.

Di Malaysia, ramai pakai-pakar gynaecolgist yang boleh melakukan prosedur ini. Kejayaan seorang wanita itu untuk hamil semula, bergantung juga pada tahap kemahiran seseorang doktor pakar.

Jadi jika berhasrat untuk hamil semula, pastikan tiada masalah kesuburan yang lain. Jika tidak, pembedahan rumit ini akan menjadi sia-sia dan wanita itu masih tidak dapat hamil.

Selain dari kemahiran doktor pakar , kejayaan persedur ini bergantung pada berapa faktor lain seperti:

  • Umur – semakin meningkat umur wanita itu semakin rendah kebarangkaliannnya untuk hamil semula. Kesuburan wanita akan menurun bermula umur 35 tahun.
  • Panjang saluran yang tinggal dan tahap kerosakannya – jika tidak banyak kerosakan pada saluran fallopian, pemulihan boleh dilakukan. Namun ada kalanya terdapat banyak parut di sekeliling bahagian yang dibedah, ia menyukarkan kehamilan semula.
  • Tahap kesihatan wanita – jika wanita itu tidak mempunyai masalah penyakit kronik seperti diabetes mellitus, ia tidak menyukarkan kehamilan semula.
  • Masalah gynaecological yang lain – jika wanita itu mengalami penyakit seperti fibroid pada rahem dan pernah mengalami masalah kelahiran pramatang, ia mengganggu kejayaan untuk hamil semula.

Namun begitu, prosedur ini boleh menyebabkan kehamilan luar rahem kerana bahagian saluran fallopian yang disambungkan akan menyebabkan parut. Parut menyebabkan rongga dalam saluran menyempit, dan hanya membenarkan sperma berenang melaluinya tetapi tidak membenarkan telur ovum yang telah disenyawakan balik semula ke dalam rahem. Walau bagaimana pun kebarangkalian untuk berlaku adalah kecil.

Oleh itu saya lebih suka menasihatkan wanita yang telah melakukan BTL dan mahu diperbaiki fallopian tube yang telah diikat agar berjumpa dan berbincang dengan doctor gynaecologist yang merawat. Nasihat saya ini hanyalah sebagai panduan.

Wallahu a’lam

Rujukan:

  1. Female Sterilization Occlusion Techniques Sarah Keller. Network Vol. 18, No. 1, Fall 1997.
  2. Hurskainen, R.; Hovi, S.; Gissler, M.; Grahn, R.; Kukkonen-Harjula, K.; Nord-Saari, M.; Mäkelä, M. (2010). “Hysteroscopic tubal sterilization: a systematic review of the Essure system”. Fertility and sterility 94 (1): 16–19.
  3. Campbell M, Sahin-Hodoglugil NN, Potts M (2006). “Barriers to fertility regulation: a review of the literature”. Studies in family planning 37 (2): 87–98.
  4. Baill, I. C., V. E. Cullins, and S. Pati. “Counseling Issues in Tubal Sterilization.” American Family Physician 67 (March 15, 2003): 1287-1294.
  5. Kariminia, A., D. M. Saunders, and M. Chamberlain. “Risk Factors for Strong Regret and Subsequent IVF Request After Having Tubal Ligation.” Australian and New Zealand Journal of Obstetrics and Gynaecology 42 (November 2002): 526-529.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (130911)

9 comments

  1. salam doktor….sy ingin bertaye masalah kehamilan. pada thn 2006 sy telah hamil diluar rahim dan tiub fallopian sy terpaksa dibuang selain tu doktor menyatakan sy ade 2 cyct jugak telah dibuang. sehingga kini sy masih tidak blh hamil. Adakah jika berat sy 30kg, buat sy sukar hamil dan umur sudah 35 tahun.

    Skrg sy cuba makan ubat kesuburan dan test kesuburan ngan urine tp hasil masih belum dpt lagi. sy telah cuba selama 3 bln. Ape yg perlu sy lakukan utk dpt anak. Anak yg sulung sudah 10 tahun.

  2. masleha abidin

    as salam doktor..sy nak tanya..kaedah birth control essure dah ada kah kat malaysia….dan kalau dah ada, berapa ya kos utk membuatnya?

  3. Assalamualaikum DR, saya telah melakukan BTL 4 thn lalu setelah 3 kali kelahiran pembedahan. Bagaimanapun tahun lalu saya telah berkahwin semula dengan suami kini yang masih bujang dan telah melakukan 2 kali ivf tetapi gagal. Apakah langkah terbaik untuk saya kini adakah perlu membuka semula peranakan atau melakukan ivf sekali lagi? Dan jika ivf bilakah waktu yang sesuai setelah kegagalan ivf terkini pada pertengahan Mei lalu. Untuk makluman Dr saya berumur 36 tahun dan suami 41 tahun. Terima kasih.

    • Wa alaikum mus salam. Saya tidak mengetahui perihal masalah puan secara terpeinci. walau bagaimana pun saya merasakan puan tidak mengalami apa-apa masalah kerana puan pernah hamil sebelum ini. (Jika ada pun, mungkin boleh diperbaiki).

      Rawatan IVF memang kadang kala mengambil beberapa kali untuk berjaya. Selalunya antara 2-3 kali.

      Jadi nasihat saya ialah teruskan rawatan IVF, kerana ia adalah rawatan yang paling berkesan dan ramai pesakit2 yg saya nasihatkan untuk menjalani IVF telah pun hamil. Cuma apabila kita berusaha, jangan lupa aspek doa kepada Allah kerana hanya dia yang menentukan segalanya. Doa bersungguh-sungguh dan banyakan sedekah. Insya Allah akan diberikan yang terbaik.

  4. Terima kasih atas maklumat ini. Insya-Allah akan cuba sekali lagi. Setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.

  5. Saya telah melakukan btl tiga tahun lepas,saya terlampau sakit ketika datang bulan dan kerap sakit di bahagian bawah perut.
    Kalau berjumpa doktor diberi ubat keputihan dan surut bengkak,kerana bila discan rahim saya bengkak.Bagaimana caranya saya ingin memastikan btl yang saya buat tidak ada masalah,adakah saya perlu membuat rawatan susulan setelah melakukan btl.

  6. Assalamualaikum Dr,
    Alhamdulillah berkat usaha, doa dan nasihat DR lalu proses ivf kali ke 3 saya telah berjaya memasuki minggu ke 24 kini. Semoga kesudahan yang gembira pada Mei ini. In sha Allah.

  7. Hartini Kassim

    Assalam Dr…sy brusia seorg ibu tunggal brusia 41 thn. Sy telah melakukan BTL ekoran drpd chronic hypertension pd kehamilan ke 2 & ke 3 pd 2007. Sy akn brkahwin pd Mei ini & bakal suami pula msh bujang. Apakah sy brisiko utk hamil smula melalui kaedah IVF & BTR?

    • Assalam Dr…sy brusia seorg ibu tunggal brusia 41 thn. Sy telah melakukan BTL ekoran drpd chronic hypertension pd kehamilan ke 2 & ke 3 pd 2007. Sy akn brkahwin pd Mei ini & bakal suami pula msh bujang. Apakah sy brisiko utk hamil smula melalui kaedah IVF & BTR?

      Dr Zubaidi: Cara terbaik untuk puan dan suami ialah IVF.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top